Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor menafikan bahawa pertukaran portfolio di antara Ketua BN Sabah, Bung Moktar Radin dan timbalan ketua PPBM Sabah, Masidi Manjun adalah disebabkan masalah dalaman dengan UMNO.<br /><br />Menurut Hajiji, pertukaran itu berlaku susulan pertambahan jawatan di bawah portfolio kewangan. <br /><br />Selain itu, beliau turut menafikan ura-ura bahawa bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman akan dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah yang baru.