PENYANYI Nomad akui teruja dengan peluang bagi menyertai program Gegar Vaganza musim ketujuh yang bakal bermula tidak lama lagi.

Ujar Nomad atau nama sebenar Nur Mohd Alieef Ayub, 32, selepas sekian lama menyepi dia kini bersedia untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian.

“Sudah lama saya tiada aktiviti dalam bidang nyanyian secara profesional. Apabila dah dapat offer daripada syarikat pengurusan, ini adalah satu peluang memang saya tunggu selama lima tahun.

“Dalam masa sama saya ingin buktikan kemampuan diri,” ujarnya kepada mStar.

Tambah Nomad, sejak menyepi daripada bidang seni dia terlibat secara serius dalam bisnes bersama keluarga.