Kes baru Covid-19 di negara ini kekal tiga angka apabila 101 lagi kes baru direkodkan setakat tengahari ini.

Daripada jumlah itu, 97 merupakan kes penularan tempatan dan empat merupakan kes impot.

Sabah masih menjadi negeri menyumbang kes positif tertinggi melibatkan 73 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia kini adalah sebanyak 11,135 kes, sementara kes aktif kebolehjangkitan ialah 1,062 kes.

Empat kluster baharu turun dikesan hari ini iaitu Kluster Jalan Bomba (Sabah), Kluster Jalan Utara (Sabah), Kluster Benteng PK (Selangor) dan Kluster Bakawali (Johor).