Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan calon Demokrat, Joe Biden, memulakan debat terbuka calon presiden pusingan pertama hari ini.

Debat selama 90 minit itu menandakan bermulanya perlumbaan untuk Rumah Putih, yang menyaksikan Biden terus mendahului Trump, berbaki 35 hari sebelum pilihan raya presiden AS pada 3 November.

Moderator Chris Wallace kelihatan sukar mengendalikan debat tersebut apabila kedua-dua calon saling cuba memotong percakapan masing-masing sehingga menyukarkan kedua-duanya membuat kenyataan.

Laporan oleh Reuters.