Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Huzir Mohamed menyatakan bahawa kenyataan pemimpin Bersatu, Mohamaddin Ketapi akan diambil dalam masa terdekat di Sabah.<br /><br />Bekas menteri pelancongan seni dan budaya itu mencetuskan kontroversi apabila dia dilaporkan mendakwa pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada 2013 hanya satu 'sandiwara'.