Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan membentangkan laporan komprehensif untuk menentukan hala tuju parti itu selepas 'dipinggirkan' dalam kerajaan Sabah.<br /><br />Kenyataan ahli parlimen Bagan Datuk itu muncul selepas Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, membuat desakan agar Ahmad Zahid memberi kenyataan mengenai kerjasama mereka dengan parti lain dilihat tidak menguntungkan.
