PENYANYI Shalma Eliana memberitahu hubungan yang dijalinkan bersama penyanyi Ismail Izzani adalah sebuah percintaan yang matang biarpun kedua-dua mereka masih muda.

Sharma, 20, berkata, apa yang dia dan kekasihnya itu cuba tunjukkan ialah umur bukan halangan untuk mereka serius dalam percintaan dan kerjaya.

“Kitaorang memang nak tunjukkan dekat orang luar hubungan yang matang biarpun kami masih muda. Bukan semua orang yang berusia 20 tahun boleh ada relationship yang matang.

“Orang yang umur-umur kitaorang pun akan boleh rasa yang tiada masalah pun kalau kita nak berdating asalkan profesional dan matang.

Dalam pada itu, Shalma berkata, dia tidak kisah kehadirannya dalam industri hiburan sering dibayangi kekasihnya Ismail Izzani.

Bagaimanapun, dia berharap tanggapan sebegitu akan hilang selepas dia berjaya membuktikan bakatnya sendiri untuk berada dalam industri.

“Saya nak berkembang sama-sama, kalau kita serius, saya nak maju bersama dalam industri.

“Saya pun baru, apa saya nak belajar dalam muzik saya akan belajar dengan dia (Ismail Izzani) dan kawan-kawannya,” ujarnya kepada mStar.

Shalma ditemui di set penggambaran Lelaki Lingkungan Cinta di IUKL, Bangi.

Dalam pada itu, Shalma akan tampil dengan lagu baharu berjudul Aroma yang akan dilancarkan sekitar Oktober ini.