Setiausaha Agung Barisan Nasional, Annuar Musa berkata tidak ada keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam masa terdekat.<br /><br />Annuar, yang bersetuju dengan pandangan warga maya mengatakan semua pihak terutama ahli-ahli politik perlu mengambil iktibar apabila penyebaran COVID-19 menjadi lebih buruk ketika Pilihan Raya Negeri Sabah berlangsung.<br /><br />Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menyaksikan upacara penyerahan jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur, di Kuala Lumpur.