Terdapat 287 kes baru Covid-19 setakat 12 tengah hari tadi, menjadikan ia jangkitan harian paling tinggi sejak wabak ini menular, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.<br /><br />Semua kes hari ini merupakan penularan tempatan.<br /><br />Ini menjadikan bilangan kes positif terkumpul seramai 11,771 kes dengan 1,540 kes aktif.
