Tidak cukup dua minggu setelah memberitahu Kyodo News bahawa dia tidak akan bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-15, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad kini memberitahu Straits Times Singapura bahawa dia mungkin akan bertanding.<br /><br />Dalam temu bual pada hari Jumaat (2 Okt), Ahli Parlimen Langkawi itu mengatakan bahawa cadangannya untuk tidak bertanding menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penyokongnya.