Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas, petang ini berkaitan situasi semasa Covid-19.

Muhyiddin dijadualkan menyampaikan perutusan itu pada jam 6 petang ini dan ia akan disiarkan di semua platform RTM, Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.

Perutusan itu dijangka berkaitan langkah kerajaan susulan kenaikan mendadak kes Covid-19 sejak semalam.

Malaysia mencatat sebanyak 432 kes baharu Covid-19 dengan 429 kes membabitkan penularan tempatan dan tiga kes import) semalam.