Polis akan menyerahkan semula kertas siasatan (IP) membabitkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali ke Jabatan Peguam Negara (AGC).<br /><br />Ini selepas IP itu diserahkan semula kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman oleh AGC untuk beberapa lagi tindakan selanjutnya.<br /><br />Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebook PDRM hari ini.
