Barisan Nasional (BN) dan Parti Cinta Sabah (PCS) memutuskan tidak menyertai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi bagi membendung penularan wabak Covid-19.<br /><br />Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata kes baru Covid-19 melonjak selepas PRN Sabah hingga mendorong pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di negeri itu.<br /><br />Sementara itu, Setiausaha Agung PCS, Ansari Abdullah berkata nyawa dan keselamatan rakyat mengatasi segala pertimbangan politik.