PELBAGAI cerita dunia hiburan yang hit dan sensasi sepanjang minggu ini.

Antara yang berada dalam carta Top 5 Spotlight adalah kisah Usop membuat permohonan maaf secara langsung kerana bergurau menyentuh isu 'body shaming'.

Cerita bintang Indonesia Nia Ramadhani yang tidak mengetahui sayur-sayuran boleh disimpan di dalam peti sejuk turut mendapat perhatian ramai.

Sementara itu berita penuh kontroversi adalah kisah pelawak Shuib dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram.