Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh negeri Sabah berkuatkuasa jam 12 tengah malam ini sehingga 26 Oktober 2020.<br /><br />Katanya jika sebelum ini PKPB dibuat hanya dibeberapa daerah di Sabah namun disebabkan kes Covid-19 yang semakin tinggi di negeri itu maka Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk melaksanakan PKPB di seluruh negeri Sabah.<br /><br />Beliau berkata demikian dalam sidang media perkembangan semasa PKPP hari ini.
