Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau memiliki saham dalam mana-mana syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.<br /><br />Katanya dalam satu kenyataan hari ini, berita yang mengaitkan nama beliau dengan syarikat tertentu adalah palsu dan berniat menipu pembeli saham.<br /><br />Justeru, beliau meminta Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti untuk memantau dan mengambil tindakan sewajarnya supaya pasaran saham tidak dimanipulasi oleh individu tertentu untuk mengaut keuntungan dengan menyebar khabar palsu.