Sebanyak 563 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini, termasuk dua lagi kematian yang dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada taklimat medianya secara maya di Facebook berkata, Sabah kekal sebagai negeri yang masih mencatatkan peningkatan kes tertinggi iaitu sebanyak 291 kes.

Ia diikuti dengan Selangor (36 kes), Pulau Pinang (141), Selangor (69), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (27), Negeri Sembilan (12), Kedah (10), Perak (4) dan masing-masing dua di Johor, Putrajaya dan Labuan.

Sarawak dan Melaka pula masing-masing mencatatkan satu kes baru.