Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa terdapat enam kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu dua di negeri Kuala Lumpur, satu di Sabah, Selangor, Putrajaya dan Johor.<br /><br />Kluster-kluster diberi nama Kluster Baiduri (KL), Kluster Bah Perdana (KL), Kluster Kolong (Sabah), Kluster Bah Tropicana (Selangor), Kluster Rinting (Johor) dan Kluster Bah Kasturi (Putrajaya).<br /><br />Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata demikian dalam sidang media Covid-19 menerusi siaran langsung di Facebook KKM, hari ini.