ANAK kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Cik B mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan.

Ujar Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamilleen, 15, semuanya bermula selepas ibunya itu bertegas mahu dia mencuba nasib sebagai pelakon.

“Mula-mula saya agak takut sebab tiada pengalaman berlakon, lepas itu Mama push (paksa) saya untuk ambil watak ini.

“Saya tiada pilihan... tak boleh kata tidak! Jawapannya hanya yes sahaja. Alhamdulillah sekarang saya suka sebab kru semua sangat baik,” katanya kepada mStar.

Cik B bakal mempertaruhkan lakonan sulungnya menerusi drama Lelaki Lingkungan Cinta yang bakal bersiaran pada 21 Oktober 2020 di TV3.