Syamsul Yusof menerima mesej berbaur ugutan dan ancaman terhadap dirinya, anak dan isteri di Instagram daripada individu tidak dikenali.<br /><br />Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 36, berkata, mesej dihantar individu yang menggunakan akaun bernama Velvetblack itu agak keterlaluan kerana ia melibatkan maruah dan keselamatan keluarganya.