PENYAMPAI radio Issey memberitahu dia tidak pernah menganggap dirinya sebagai artis atau selebriti yang dihimpit dunia glamor.

Sebaliknya Issey atau nama sebenar Fazlisham Mat Hussin, 32, beranggapan penglibatannya dalam bidang seni sebagai satu kerja.

Terkini Issey mula melibatkan diri sebagai pelakon dalam filem Selamat Hari X Jadi kerana mahu mencabar kemampuan diri dan tidak ingin hanya berada dalam zon selesa.

“Kini tidak boleh berada dalam zon selesa, nak kena buat benda-benda baru.

“Apabila dapat tawaran berlakon filem, saya ambil je dan selepas ini tidak mustahil saya akan cuba benda lain pula,” ujarnya kepada mStar.

Tambahnya walaupun jadual hariannya bermula awal pagi sebagai penyampai radio Suria FM, dia perlu bijak dalam pengurusan masa bagi membolehkannya berlakon dan mendapat rehat yang cukup.