Setiausaha Agung BN Annuar Musa dilihat hadir ke rumah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur petang ini.<br /><br />Ia berlaku selepas perhatian umum tertumpu kepada Umno dan Bersatu selepas Biro Politik Umno mengumumkan mempertimbangkan menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN).<br /><br />Annuar bagaimanapun ketika ditemui Malaysiakini berkata itu hanya lawatan biasa kerana mereka sebenarnya berjiran.