Presiden PKR, Anwar Ibrahim mendakwa bahawa pihak polis telah memintanya untuk mendedahkan nama-nama ahli parlimen yang menyokongnya.

Bagaimanapun, ketua pembangkang itu mengatakan bahawa dia enggan mendedahkannya dan menyatakan bahawa perkara merupakan urusannya dengan Yang di-Pertuan Agong.

Anwar berkata demikian selepas memberi keterangan berkaitan siasatan berhubung dakwaan dia mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru di ibu pejabat polis di Kuala Lumpur Lumpur.

Selain itu Anwar mendakwa dia turut disoal berkaitan “kes liwat” dalam siasatan polis hari ini.