Kementerian Kesihatan hari ini menyatakan masih belum ada bukti yang menunjukkan bahawa virus Covid-19 boleh disebarkan melalui makanan ataupun pembungkus makanan.<br /><br />Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, punca jangkitan Covid-19 setakat ini masih dikenalpasti melalui titisan cecair pernafasan dari individu ke individu ataupun melalui permukaan secara tidak langsung. <br /><br />Beliau mengulas laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (CDC) Sabtu lalu yang mengatakan virus Covid-19 boleh disebarkan melalui bungkusan makanan beku.