Kementerian Kesihatan hari ini menjelaskan, masih belum ada bukti bahawa penyebaran Covid-19 boleh berlaku melalui kulit walaupun virus itu telah dikesan berada di permukaan kulit jenazah.<br /><br />Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham mengumumkan kajian yang dibuat oleh KKM terhadap jenazah pesakit Covid-19 mendapati virus itu masih berada di permukaan kulit jasad mangsa dan mampu hidup sehingga lebih sembilan jam.
