Pemuda Umno menegaskan akan menolak sebarang kerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim mahu pun mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH) terutamanya DAP.<br /><br />Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki berkata penolakan itu dibuat kerana tidak mahu menjadi sebahagian daripada usaha menjatuhkan kerajaan sedia ada, yang menurutnya hanya bertujuan untuk memenuhi cita-cita anggota parlimen Port Dickson itu untuk menjadi Perdana Menteri.