Arahan untuk pekerja awam dan swasta di bahagian pengurusan dan penyeliaan untuk bekerja dari rumah adalah bertujuan untuk mengurangkan pergerakan, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.<br /><br />Beliau mengulas kekeliruan yang masih timbul mengenai arahan itu selepas ada yang mempersoalkan keperluan untuk bekerja di rumah sedangkan orang awam masih dibenarkan untuk keluar ke kedai dan pasar.
