Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob mempertahankan sidang media hariannya dan menegaskan bahawa ia perlu diadakan untuk memberi kemas kini mengenai tindakan diambil kerajaan dalam menangani penularan Covid-19 di negara ini.<br /><br />Ismail mengulas kritikan ahli parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang mahu beliau berhenti mengadakan sidang media harian jika tiada pengumuman substantif yang dapat membantu rakyat.<br /><br />Dalam pada itu, beliau turut meminta semua pihak untuk melupakan perbezaan politik ketika negara dilanda pandemik Covid-19 dan bersama dalam memerangi penularan virus itu