Bank pelaburan gergasi Goldman Sachs pada hari Khamis bersetuju untuk membayar hampir AS$3 bilion untuk menyelesaikan siasatan terhadap peranannya dalam skandal rasuah 1MDB di Malaysia.<br /><br />Unit bank itu di Malaysia juga mengaku bersalah kerana bersekongkol melanggar undang-undang rasuah negara luar, kata Brian Rabbitt, pemangku ketua bahagian jenayah Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.<br /><br />Laporan oleh Reuters.