PENYANYI baharu Chombi meluahkan rasa teruja apabila lagu nyanyiannya Rindu-Rindu mendapat lebih daripada tiga juta tontonan di YouTube.

Ujar Chombi atau nama sebenar Siti Maryam, 13, penglibatnya dalam bidang nyanyian adalah secara kebetulan apabila bapanya Harry Khalifah atau Apak menawarkan untuk merakamkan semula lagu lama Rindu-Rindu.

“Masa itu ayah keluar, lepas balik ayah tanya nak nyanyi tak lagu Rindu-Rindu?

“Saya jawab on jer dan lepas itu kami cuba dan terus berjaya rakam lagu ini,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Chombi berkata, penglibatannya dalam dunia glamor akhirnya membuka ruang untuk orang ramai mengenalinya dengan lebih lanjut menerusi media sosial.

“Satu hari itu ada orang DM cakap dia sudah beritahu ayah saya yang dia nak masuk meminang.

“Saya terkejut sebab umur baru 13 tahun dan beritahu dia baik-baik saya masih bawah umur,” ujarnya.