Menteri-menteri kabinet yang baru selesai menghadiri mesyuarat bersama Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pagi ini di Putrajaya tiba di PWTC untuk mesyuarat khas ahli-ahli parlimen Barisan Nasional.<br /><br />Antara yang sempat dirakam adalah Menteri Luar Hishamuddin Hussein, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa.
