Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia dan ahli parlimen Padang Besar, Zahidi Zainul Abidin hari ini berkata bahawa ahli-ahli parlimen BN bersetuju bahawa pilihan raya merupakan cara yang terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik di negara ini. <br /><br />Zahidi turut menegaskan bahawa pandangan majoriti ahli-ahli BN jelas bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan DAP. <br /><br />Selain itu katanya, isu jawatan ahli parlimen Umno dalam kabinet dan lembaga pengarah kementerian turut dibincangkan dan perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini.
