Ketidakstabilan politik dan ekonomi yang berlaku hari ini adalah akibat tindakan rakyat yang mengundi Pakatan Harapan pada pilihan raya yang lalu, begitu kata ahli parlimen Padang Besar, Zahidi Zainul Abidin.<br /><br />Ketika ditemui di PWTC hari ini, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata ini juga berlaku kerana pengundi-pengundi telah ditipu dengan janji-janji PH seperti tol percuma dan pemansuhan PTPTN. <br /><br />Katanya lagi, apa yang dilakukan oleh ahli-ahli parlimen BN hari ini adalah untuk memperbaiki semula kesilapan yang telah dibuat pengundi-pengundi akibat mengundi PH.
