Hishammuddin Hussein berkata, ahli Parlimen BN dan Umno akan berbincang sekiranya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu mengundurkan diri berikutan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan Muhyiddin untuk melaksanakan darurat.<br /><br />Katanya lagi, apa saja yang keputusan yang dibuat oleh BN dan Majlis Tertinggi Umno malam ini perlu mengambil kepentingan rakyat.<br /><br />Menteri Luar Negeri itu berkata demikian ketika ditemu di PWTC di Kuala Lumpur, di mana ahli-ahli parlimen BN berkumpul untuk mesyuarat petang ini.
