Mesyuarat khas kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pagi ini tidak membincangkan isu tuntutan kononnya dari Umno untuk membubarkan Parlimen, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.<br /><br />Ismail menyangkal mesej tangkapan skrin yang tular bahawa beliau memaklumkan kepada pemimpin bahagian Umno bahawa menteri-menteri Umno akan menggesa pembubaran parlimen dalam mesyuarat kabinet hari ini.