Surprise Me!

'Sistem penjagaan kesihatan Sabah tidak runtuh, rujuk fakta KKM'

2020-10-26 240 Dailymotion

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menyangkal tanggapan bahawa sistem penjagaan kesihatan di Sabah telah runtuh susulan kes-kes yang terus melonjak di negeri itu.

Katanya, walaupun jumlah kes harian di Sabah tetap tinggi, terdapat juga banyak kes yang disahkan sembuh dari negeri itu.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, hanya 52 peratus katil di hospital-hospital di Sabah dan 28 peratus katil di pusat-pusat kurantin digunakan untuk merawat pesakit.

Dr Noor Hisham turut mengingatkan bahawa terdapat 24 hospital di negeri Sabah dan hanya sembilan yang digunakan untuk merawat pesakit Covid-19, dengan sebuah hospital medan dibuka berhampiran Hospital Tawau untuk pesakit bukan Covid-19.

Buy Now on CodeCanyon