Surprise Me!

Niezam Zaidi tenang je jawab kisah putus cinta dengan Nonny Nadirah, tak mahu salahkan sesiapa...

2020-10-29 88 Dailymotion

PELAKON Niezam Zaidi reda kisah cintanya bersama Nonny Nadirah berakhir namun tidak menyangka timbul pelbagai spekulasi sehingga ada yang mendakwa putusnya hubungan ini ada kaitan dengan unsur mistik.

Ujar Niezam atau nama sebenar Mohd Niezam Mohd Zaidi, 28, jika benar wujud unsur berkenaan, berharap individu tersebut menerima balasannya di kemudian hari.

“Kalau betul isu ini... siapa yang buat, siapa yang ganggu Nonny harap nanti cari dia di Padang Mahsyar. Jangan kacau orang... orang tak kacau kau!

“Nonny seorang insan yang hebat, Alhamdulillah saya dipertemukan dengan dia,” katanya kepada mStar.

Bercerita lanjut, Niezam berkata dia agak terkejut apabila Nonny bertindak mengumumkan berita perpisahan mereka pada hari ulang tahun kelahirannya 26 Oktober.

“Kami ada borak tentang isu ini, tetapi saya tidak jangka dapat tahu tentang berita sedemikian pada hari jadi saya.

“Pada mulanya kami tidak tahu bagaimana nak beritahu pihak media dan masyarakat, tapi keputusan sudah dibuat dan saya hormat keputusan dia.”

Buy Now on CodeCanyon