Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi mengundi awal di ibu negara Naypyidaw menjelang pilihan raya November setelah tidak dapat melakukan perjalanan ke kota kelahirannya di Yangon kerana sekatan Covid-19 di negara itu.

Parti pembangkang mendesak kerajaan untuk menangguhkan pilihan raya kerana meningkatnya jangkitan, namun Suu Kyi yang merupakan ketua parti Liga Nasional untuk Demokrasi (NLD), mengatakan pilihan raya pada 8 November harus diteruskan.

Laporan oleh Reuters.

Visual oleh Reuters.