Kerajaan hanya memberikan bantuan makanan kepada penduduk yang tinggal di kawasan yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kerana mereka tidak dibenarkan keluar dari rumah sepanjang tempoh itu.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, Pulau Omadal di Sabah tidak termasuk dalam enam kawasan yang diletakkan dibawah PKPD dan kegiatan ekonomi masih berjalan seperti biasa.

Ismail mengulas laporan berita bahawa penduduk Pulau Omadal di Sabah tidak menerima bantuan makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bagaimanapun katanya, MKN akan merujuk kepada Pusat Pengurusan Bencana Negeri Sabah untuk melihat keadaan penduduk daif yang memerlukan bantuan makanan.