Bekas ahli majlis tertinggi Umno Lokman Noor Adam ditahan polis semalam, selepas polis dipercayai menghampirinya di sebuah restoran ketika dia bersiaran melalui Facebook Live membincangkan mengenai Belanjawan 2021.

Harian Metro melaporkan bahawa Lokman berada di restorannya yang terletak berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur sekitar jam 11 malam.

Pada minit-minit akhir video berdurasi 28 minit itu, Lokman dilihat sedang melihat kamera dan mengatakan bahawa beberapa pegawai polis datang menghampirinya.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/549012

Sumber video:
https://www.facebook.com/watch/live/?v=354200742319563&ref=watch_permalink