Prosedur operasi standard (SOP) bagi kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijangka akan mula diperketatkan. <br /><br />Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata ini merupakan kemungkinan keputusan yang akan dibuat mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) esok. <br /><br />Ismail mengulas sekiranya SOP PKPB perlu dilihat semula memandangkan kebanyakan kawasan PKPB di Selangor yang pada awalnya berada dalam zon hijau kini bertukar merah, susulan peningkatan kes Covid-19.