Anggota Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh hari ini memohon maaf kepada penganut Kristian dan rakyat Malaysia atas ucapannya yang dianggap menghina kitab Injil. <br /><br />Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun memerintahkan anggota Parlimen PAS itu menarik balik kenyataannya sebelum ini dan memohon maaf.<br /><br />Nik Zawawi sebelum ini dilaporkan enggan meminta maaf berhubung ucapannya di parlimen bahawa kitab Injil “dipesongkan” dan penganut Kristian tidak mempunyai “hak untuk tersinggung”.
