Mesyuarat ahli parlimen Barisan Nasional yang diadakan di PWTC adalah untuk membincangkan sokongan ahli parlimen itu kepada Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada Jumaat ini.<br /><br />Ahli Parlimen Pasir Salak,Tajuddin Abdul Rahman ketika ditemui mengesahkan ,ahli parlimen gabungan itu sebulat suara akan menyokong dan memastikan pembentangan belanjawan tersebut berjalan dengan lancar.