Ahli parlimen Ketereh, Annuar Musa hari ini mengesahkan kesemua 43 ahli parlimen Barisan Nasional sebulat suara akan menyokong kerajaan Perikatan Nasional dalam pembentangan Belanjawan 2021 akan datang.<br /><br />Terdahulu Annuar berkata, cadangan Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (Confidence and Supply Agreement) oleh pihak pembangkang turut dibincangkan dalam mesyuarat ahli parlimen BN hari ini namun tiada sebarang keputusan dibuat.