Ahli Parlimen dinasihatkan agar tidak lagi mengadakan majlis jamuan atau mesyuarat melibatkan jumlah yang ramai dan jika ia perlu dilakukan, mereka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) secara ketat.<br /><br />Mereka juga perlu mengehadkan pergerakan sepanjang tempoh persidangan atau menghadiri majlis keramaian dan tempat yang sesak.<br /><br />Mesej dari speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun itu dibacakan oleh timbalan speaker Azalina Othman Said kepada Ahli Parlimen pada awal sesi hari ini.