Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menjelaskan bahawa langkah pencegahan Covid-19 untuk hanya membenarkan 80 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada satu masa tidak akan dikuatkuasakan apabila ada undi belah bahagi (bloc voting).

Langkah berkenaan merupakan salah satu daripada sembilan langkah yang dibacakan oleh Timbalan Speaker Abdul Rashid Hasnon pagi ini.

Azhar seterusnya menjawab pertanyaan Ahli Parlimen termasuk RSN Rayer (PH-Jelutong) mengenai mengenai jumlah ganjil iaitu 41 anggota parlimen kerajaan berbanding 39 anggota parlimen pembangkang.

Azhar mengulangi bahawa ia adalah keputusan konsensus yang dicapai di antara ketua Whip parti yang hadir dalam pertemuan yang diadakan semalam.