Hanya 30 orang jemputan dibenarkan untuk hadir ke majlis akad nikah dengan penjarakan satu meter bergantung kepada keluasan premis yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).<br /><br />Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, premis itu merangkumi pejabat agama dan juga masjid terpilih oleh jabatan itu. <br /><br />Dr Zulkifli mengumumkan perkara itu dalam sidang media Garis Panduan Majlis Akad Nikah dan Prosedur Operasi Standard (SOP) Peluasan Kapasiti Solat Jumaat, hari ini.
