Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun terpaksa mengenepikan keputusan awal untuk mengehadkan jumlah ahli parlimen kepada 80 dalam sidang ucapan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) memulakan desakan itu dan mendapat sokongan daripada kedua-dua belah pihak, termasuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak), Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) dan Noh Omar (BN-Tanjung Karang).

Azhar sebelum itu berpendapat bahawa perkara itu sudah diputuskan oleh ketua Whip parti semalam.

Bagaimanapun, anggota parlimen terus memberi desakan kepadanya.

Akhirnya, speaker mengalah ketika Lim Guan Eng (PH-Bagan) mencadangkan agar usul dibentangkan untuk memutuskan sama ada membenarkan semua 221 anggota Parlimen masuk dalam dewan.