Kerajaan tidak menerima cadangan Umno dan Pakatan Harapan untuk melanjutkan skim moratorium pinjaman.<br /><br />Bagaimanapun menurut Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, bank membenarkan golongan kategori B40 untuk memilih dari dua pilihan sekiranya mereka menghadapi masalah untuk membayar pinjaman.