Isu taska ditutup sehingga menyukarkan ibu bapa yang perlu bekerja di negeri-negeri yang tidak dikenakan PKPB akan dibincang dalam mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara esok.<br /><br />Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Rina Harun sedang meneliti perkara tersebut dan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.
